Jumaat, 27 April 2012

CARA-CARA MENGAMALKAN AMALAN BERJIMAT CERMAT


Amalan berjimat cermat merupakan suatu amalan yang amat penting dalam kehidupan kita. Amalan ini perlu disemai dalam jiwa kita terutamanya sejak kita kecil lagi seperti pepatah “melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Kita harus berjimat cermat dalam aspek seperti air, elektrik, wang dan sebagainya untuk menjamin masa depan kita. Wang amat berguna dalam kehidupan. Oleh itu, kita perlu bijak menggunakan dengan melaksanakan cara-cara yang dapat mengamalkan amalan berjimat cermat supaya wang ini dapat digunakan apabila kita mengalami masalah yang amat memerlukan wang seperti pepatah “sediakan payung sebelum hujan”.

Terdapat pelbagai cara untuk berjimat cermat dalam aspek wang. Cara yang terutama dan biasanya digunakan oleh orang ramai ialah menabung sama ada di dalam tabung ataupun di dalam bank. Ini merupakan cara yang berkesan kerana wang ini dapat digunakan apabila kita memerlukan pada masa depan. Oleh hal demikian, kita tidak berhutang dengan orang lain dengan meminjam duit daripada orang lain terutamanya daripada Ah Long.

Seterusnya, bagi wang yang dtabung dalam bank, wang kita akan bertambah. Hal ini demikian kerana wang tersebut akan dilaburkan dan keuntungannya akan dibahagikan kepada kita sebagai penyimpan. Selain itu, wang yang kita simpan dalam bank lebih terjamin daripada dicuri atau hangus dalam kebakaran. Dengan itu, kita masih mempunyai wang untuk digunakan sekiranya ditimpa kemalangan. Di samping itu, wang yang kita simpan dalam bank juga dapat membantu kerajaan bagi menjalankan projek pembangunan. Dengan cara ini, negara kita yang sedang membangun ini akan bertambah maju dan makmur dan dapat berbanding dengan negara lain seperi pepatah “berdiri sama tinggi, duduk sama rendah”. Dengan itu, jelaslah bahawa menyimpan wang di bank memang banyak faedahnya selain menjamin masa depan kita dan negara.

Kita bukan sahaja perlu berjimat cermat dalam wang, malahan kita juga perlu berjimat cermat dalam air. Air merupakan sumber yang amat penting dan dikurnia oleh Tuhan kepada kita. Ia boleh digunakan semasa memasak, menyiram pokok bunga, mencuci, mandi dan sebagainya. Natijahnya, kita perlu berjimat cermat semasa menggunakan air dengan menutup paip dengan ketat apabila tidak menggunakan air. Menelefon tukang paip dengan segera untuk membaiki paip air yang berpecah supaya tidak berlakunya pembaziran air yang banyak dan meningkatkan kos bayaran air. Kita juga boleh menggunakan semula air seperti air mencuci nasi untuk menyiram pokok bunga.

Tambahan pula, kita juga harus menjimatkan penggunaan elektrik supaya tidak boros dan menyebabkan kita perlu membayar kos elektrik yang tinggi. Memadamkan lampu dan menutup suis peralatan elektrik seperti television, radio, komputer dan lain-lain lagi apabila kita tidak menggunakannya. Kita harus menggunakan peralatan elektrik yang baru dan dapat menjimatkan elektrik bagi menggantikan peralatan elektrik yang memerlukan banyak eletrik dan sentiasa digunakan seperti peti sejuk.

Tuntasnya, cara-cara mengamalkan sikap berjimat-cermat amat diperlukan bagi melahirkan anak-anak yang berakhlak kerana mereka merupakan generasi yang bakal mendukung wawasan pada masa akan datang seperti bak kata pepatah “pemuda bangsa harapan, pemudi tiang negara”. Oleh hal demikian ,kita harus berjimat cermat supaya dapat menjamin masa depan kita yang cerah.

[ Hak Peribadi Kok Yong Shun ]
Wang amat memerlukan pada apa-apa masa.
Amalan menabung harus ditupuk dalam jiwa kanak-kanak sejak mereka kecil lagi.

7 ulasan:

  1. tahniah.. ini juga maklumat yang bagus.. sentiasa kemaskini layout dan tambah lagi perkara lain.. kalau boleh buat soalan untuk mengundi

    BalasPadam
  2. Terima kasih atas memberi maklumat yang amat berguna...

    BalasPadam
  3. u hav giv me a deep messages~
    Thank you~~

    BalasPadam
  4. Thank you for SUPPORTING my blog...XD

    BalasPadam
  5. bagus karangan awak

    BalasPadam
  6. 2021 ford escape titanium hybrid: New concept and tech - iTome.com
    2020-12-02 09:18 AM · News microtouch titanium · Facebook-owned titanium mens wedding bands mobile titanium wedding band and sugarboo extra long digital titanium styler desktop company (Nasdaq: FBIC), the parent of global online gambling titanium hair firm Wynn Resorts,

    BalasPadam