Sabtu, 28 April 2012

BIODATA SAYA

NAMA : KOK YONG SHUN
KELAS : 5 GAMMA
SEKOLAH : SMK SUNGAI PELEK
TEMPAT LAHIR : SEREMBAN
TEMPAT TINGGAL : SUNGAI PELEK
CITA-CITA : PAKAR ICT
DESCRIPTION : FRIENDS ARE THE SHINING STAR IN THE SKY...
TUJUAN MEMBUKA BLOG INI : MENYERTAI PERTANDINGAN BLOG PENGGUNA DAN BERKAWAN DENGAN ORANG RAMAI
TAJUK PERTANGINGAN BLOG PENGGUNA : BBM1 BERHENTI MEMBELI BELAH , MULAKAN KEHIDUPAN

 

Jumaat, 27 April 2012

Berhenti Membeli Belah , Memulakan Kehidupan

 
Assalammualaikum dan selamat sejahtera. Slogan 'Berhenti Membeli Belah, Mulakan Kehidupan' bukanlah bermaksud berhenti secara total dalam urusan perniagaan. Sabda Rasulullah, ''90 % punca rezeki adalah dari perniagaan'', jadi bagaimana kita hendak membantutkan punca rezeki??

Sebenarnya, maksud slogan  'Berhenti Membeli Belah, Mulakan Kehidupan' adalah untuk meminimumkan aktiviti beli belah yang kian melampau dan memaksimakan kreativiti dan inovasi diri dalam meneruskan kehidupan. Hal ini berikutan daripada masalah ekonomi dunia yang sangat membimbangkan.

Antara cara untuk meminimumkan aktiviti beli belah ialah :-

 


1. menetapkan perbelanjaan bulanan dengan nisbah 3:1 untuk keperluan dan kemahuan
2. menyenaraikan barang keperluan sahaja ketika membeli belah.
3. berusaha sebaik mungkin untuk membeli belah secara berseorangan.
4. berfikir dua kali sama ada barang yang hendak dibeli merupakan keperluan atau kemahuan.

Antara cara untuk memaksimakan kreativiti dan inovasi diri dalam kehidupan :-

1. bercucuk tanam.
2. mengitar semula bahan terbuang.
3. menggantikan penggunaan barang yang mahal dengan barang yang lebih murah dan selamat.

CARA-CARA MENJADI SEORANG PENGGUNA YANG BIJAK

BELI BARANGAN MALAYSIA-FILEM NEGARA


BERJIMAT CERMAT-FILEM NEGARA


CARA-CARA MENGAMALKAN AMALAN BERJIMAT CERMAT


Amalan berjimat cermat merupakan suatu amalan yang amat penting dalam kehidupan kita. Amalan ini perlu disemai dalam jiwa kita terutamanya sejak kita kecil lagi seperti pepatah “melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Kita harus berjimat cermat dalam aspek seperti air, elektrik, wang dan sebagainya untuk menjamin masa depan kita. Wang amat berguna dalam kehidupan. Oleh itu, kita perlu bijak menggunakan dengan melaksanakan cara-cara yang dapat mengamalkan amalan berjimat cermat supaya wang ini dapat digunakan apabila kita mengalami masalah yang amat memerlukan wang seperti pepatah “sediakan payung sebelum hujan”.

Terdapat pelbagai cara untuk berjimat cermat dalam aspek wang. Cara yang terutama dan biasanya digunakan oleh orang ramai ialah menabung sama ada di dalam tabung ataupun di dalam bank. Ini merupakan cara yang berkesan kerana wang ini dapat digunakan apabila kita memerlukan pada masa depan. Oleh hal demikian, kita tidak berhutang dengan orang lain dengan meminjam duit daripada orang lain terutamanya daripada Ah Long.

Seterusnya, bagi wang yang dtabung dalam bank, wang kita akan bertambah. Hal ini demikian kerana wang tersebut akan dilaburkan dan keuntungannya akan dibahagikan kepada kita sebagai penyimpan. Selain itu, wang yang kita simpan dalam bank lebih terjamin daripada dicuri atau hangus dalam kebakaran. Dengan itu, kita masih mempunyai wang untuk digunakan sekiranya ditimpa kemalangan. Di samping itu, wang yang kita simpan dalam bank juga dapat membantu kerajaan bagi menjalankan projek pembangunan. Dengan cara ini, negara kita yang sedang membangun ini akan bertambah maju dan makmur dan dapat berbanding dengan negara lain seperi pepatah “berdiri sama tinggi, duduk sama rendah”. Dengan itu, jelaslah bahawa menyimpan wang di bank memang banyak faedahnya selain menjamin masa depan kita dan negara.

Kita bukan sahaja perlu berjimat cermat dalam wang, malahan kita juga perlu berjimat cermat dalam air. Air merupakan sumber yang amat penting dan dikurnia oleh Tuhan kepada kita. Ia boleh digunakan semasa memasak, menyiram pokok bunga, mencuci, mandi dan sebagainya. Natijahnya, kita perlu berjimat cermat semasa menggunakan air dengan menutup paip dengan ketat apabila tidak menggunakan air. Menelefon tukang paip dengan segera untuk membaiki paip air yang berpecah supaya tidak berlakunya pembaziran air yang banyak dan meningkatkan kos bayaran air. Kita juga boleh menggunakan semula air seperti air mencuci nasi untuk menyiram pokok bunga.

Tambahan pula, kita juga harus menjimatkan penggunaan elektrik supaya tidak boros dan menyebabkan kita perlu membayar kos elektrik yang tinggi. Memadamkan lampu dan menutup suis peralatan elektrik seperti television, radio, komputer dan lain-lain lagi apabila kita tidak menggunakannya. Kita harus menggunakan peralatan elektrik yang baru dan dapat menjimatkan elektrik bagi menggantikan peralatan elektrik yang memerlukan banyak eletrik dan sentiasa digunakan seperti peti sejuk.

Tuntasnya, cara-cara mengamalkan sikap berjimat-cermat amat diperlukan bagi melahirkan anak-anak yang berakhlak kerana mereka merupakan generasi yang bakal mendukung wawasan pada masa akan datang seperti bak kata pepatah “pemuda bangsa harapan, pemudi tiang negara”. Oleh hal demikian ,kita harus berjimat cermat supaya dapat menjamin masa depan kita yang cerah.

[ Hak Peribadi Kok Yong Shun ]
Wang amat memerlukan pada apa-apa masa.
Amalan menabung harus ditupuk dalam jiwa kanak-kanak sejak mereka kecil lagi.

BAGAIMANA MENJADI SEORANG PENGGUNA YANG BESTARI DEMI MENGATASI MASALAH EKONOMI NEGARA.


      Keperluan membentuk kesedaran dalam kalangan para pengguna demi memantapkan ekonomi negara adalah satu agenda yang berkepentingan tinggi dalam usaha kerajaan untuk melaksanakan suatu aliran “Pengguna Perkasa”. Jika pada suatu masa dahulu, penjual, pembekal atau pun pengilang boleh bertindak menaikkan harga sesuatu barangan di pasaran terutamanya apabila menjelang sesuatu musim perayaan mengikut suka hati mereka, hari ini dengan kesedaran dalam kalangan pengguna khususnya bahawa kekuatan sebenarnya berada dalam tangan pengguna sendiri, keadaan-keadaan seperti ini telah semakin berkurangan. Kegiatan yang tidak bertanggungjawab ini, jika tidak dibendung dengan berkesan akhirnya akan membahayakan ekonomi negara dan akibatnya masyarakat juga yang akan menanggung rugi.

      Jika pengguna terasa ditipu dengan sesuatu produk, maka pengguna boleh bertindak memboikot barangan berkenaan. Tindakan ini akhirnya akan memberi kesan kewangan negatif kepada syarikat pembuat barangan berkenaan, dan ini akan memberi kesedaran kepada mereka tentang “kuasa pengguna”. Kesedaran dan keprihatinan ini perlu datang daripada para pengguna sendiri. Contohnya apabila kita membeli tepung sekampit yang ditulis berat bersihnya 1 kilogram, adalah wajar bagi kita menimbang semula kampit tepung berkenaan dan memastikan bahawa berat bersih produk berkenaan adalah benar-benar 1 kilogram. Sebagai pengguna prihatin, kita juga perlu mengambil tahu dengan lebih teliti tentang barangan yang kita beli. Apakah ramuannya? Adakah bahan pewarna yang digunakan menepati syarat-syarat kesihatan pengguna seperti yang telah di tetapkan oleh kerajaan? Adakah produk berkenaan mengandungi MSG? Adakah produk itu benar-benar berstatus halal? Adakah harga jualannya menepati harga yang telah ditetapkan oleh kerajaan? Ketika membeli belah, berapa ramaikah yang akan membelek-belek dan membaca setiap satu pek atau tin barangan yang hendak dibeli dan membuat perbandingan harga setiap produk yang dibeli? Isu-isu sebeginilah yang perlu menjadi perhatian para pengguna hari ini.

      Fenomena kenaikan harga barangan keperluan ini bukanlah suatu masalah yang cuma berlaku di Malaysia sahaja, malahan telah menjadi suatu permasalahan global hari ini. Pada Oktober 2007, rakyat Itali telah memboikot keluarangan barang-barang “pasta” apabila harga makanan ini naik melebihi 20 peratus dalam masa seminggu. Hasil daripada tindakan ini pengeluar “Pasta” terpaksa akur kepada sentimen “kuasa pengguna” Itali, dan menurunkan semula kadar harga barangan berkenaan. Mekanisma penyebab pada kenaikan harga barangan sememangnya berhubung rapat antara satu sama lain. Contohnya di Mexico, apabila permintaan meningkat untuk minyak bio-diesel yang dipanggil “Ethanol” yang dihasilkan daripada jagung, maka harga jagung di pasaran terus melambung dan ini menyebabkan timbulnya masalah bekalan jagung kepada penternak lembu tenusu yang juga memerlukan jagung sebagai makanan utama untuk haiwan ternakan mereka. Ekoran ini harga susu, keju, dan mentega pula turut naik di pasaran Mexico. Mengikut kajian yang dilakukan oleh Pertubuhan Pertanian dan Pemakanan Sedunia yang beribu pejabat di Brussels, harga pasaran makanan sedunia pada hari ini naik sebanyak 70 peratus berbanding dengan harga pada tahun 2000. Jadi sebagai pengguna yang bijak, mereka perlu bertindak dengan menggunakan "kuasa pembeli" mereka.

.     Hakikatnya pada hari ini, dengan meningkatnya taraf hidup bagi penduduk-penduduk di negara-negara membangun dunia yang besar seperti China dan India, maka permintaan dunia untuk barangan seperti gandum, beras, minyak masak dan bahan-bahan keperluan asas kehidupan yang lain akan terus juga meningkat. Faktor lonjakan harga minyak dunia juga bererti bahawa kos dalam proses pembuatan serta penghantaran akan terus meningkat dan ini akan menyumbang pada peningkatan harga barangan di pasaran. Faktor cuaca juga memainkan peranan yang penting bagi sektor penanaman sedunia. Permintaan bahan mentah seperti jagung, gandum dan lain-lain lagi untuk diproseskan menjadi bio-fuel atau ethanol adalah juga merupakan faktor penyumbang kepada kestabilan harga barangan pasaran.

    Manusia memerlukan tiga perkara asas untuk kehidupan iaitu makanan, pakaian dan tempat tinggal. Akibat krisis bekalan makanan yang gagal dikawal, akan membawa kepada kemelut kenaikan harga bekalan makanan di pasaran dan ini akan akhirnya menyebabkan berlakunya inflasi pada ekonomi sesebuah negara. Oleh itu, pemantauan dan usaha berterusan perlu diperhebatkan lagi dalam usaha untuk menangani apa-apa jua krisis bersangkutan yang berkemungkinan akan timbul pada masa depan. Kita sebagai pengguna yang bijak adalah agen pemerhati harga barangan di pasaran yang paling efektif untuk membantu pihak kerajaan memantau pergerakan harga-harga pasaran. Selain itu, akta undang-undang perlindungan pengguna yang membawa kepada hukuman yang lebih drastik mestilah terus digubal demi untuk perlindungan jangka panjang kepada pengguna.

     Kementerian yang telah dipertanggungjawabkan oleh kerajaan untuk menjaga hal ehwal pengguna ialah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Pelbagai langkah proaktif telah diambil oleh kementerian terbabit demi memastikan kebajikan pengguna benar-benar terjamin. Antara langkah-langkah berikut adalah dengan menubuhkan Stok Penimbal Kebangsaan serta Penubuhan Majlis Harga Negara. Kerajaan juga turut mengenakan larangan membawa keluar barangan kawalan dari Malaysia serta memberi pengetahuan dan kefahaman kepada pengguna tentang hak-hak mereka melalui penggubalan rang undang-undang “Akta Perlindungan Pengguna 1999” dan penubuhan Mahkamah Tribunal Pengguna. Pada masa yang sama, kerajaan juga menggerakkan sektor pertanian negara secara aggresif sebagai langkah membangunkan Sarawak sebagai “Negeri Jelapang Padi Kedua Negara”.

     Tindakan-tindakan ini telah berjaya mengawal kestabilan harga barangan di pasaran dan juga dengan bantuan padu beberapa agensi berwajib yang lain, telah dapat mengurangkan kadar aktiviti penyeludupan bahan makanan ke negara jiran. Hasil daripada pemantauan berterusan dan beberapa lagi langkah susulan proaktif kerajaan, kebajikan dan kesejahteraan kita sebagai pengguna telah dapat dimantapkan lagi. Dengan terlaksananya perubahan-perubahan kritikal ini, telah dapat membantu untuk memangkinkan lagi ekonomi negara. Justeru marilah kita sebagai pengguna bersama-sama memupuk kesedaran tentang hak-hak kita, langsung menjalankan tanggungjawab sosial kita dan juga memartabatkan diri kita sebagai “Pengguna Bestari”.

[ Sumber daripada : http://shineesmksbg1.blogspot.com/2011/04/bagaimana-menjadi-seorang-pengguna-yang.html ]